Hari ini genap 30 September, esok 1st October! beza 10days jugak dengan entry yang lepas kan? ehehe
ok, nk cerita kisah minggu lepas..
last week dapat jgk pergi Karnival Mahabbah IKIM fm. sejak kerja kat town ni ape exbihition pun pergii hihi..best2
karnival tu pulak mmg dekat sgt dengan office..apelagi pagi-pagi terus pegi sana dulu, dengar tazkirah pagi Jumaat dari Ustaz Dr. Zahazan bertajuk Mengapa sukar melafazkan cinta..(sambil-sambil tu distribute flyers-keje lah tu kan)
antara ceramah yang ustaz bagi, ada cerita yang nk kongsikan kat sini ..
cerita 1:
ceritanya begini..
pd zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang pemuda bernama Julaibab yang tak tahu asal keturunan, tidur/tinggal di masjid, seorang yang gemuk, hitam, rendah dan miskin.. semua orang memandang rendah pada Julaibab..tgk pada nama sahaja dah tahu keturunan yang sebagaimana (org arab ada gol.bangsawan / kasta)
Julaibab itu sendiri bermaksud, kain kecil /tudung dari perkataan jilbab..
suatu hari selepas solat Nabi bertanya "wahai Julaibab, sudahkan kamu bertemu dgn jodohmu? "
Julaibab: "tiada siapa mahukan saya.." (Julaibab malu untuk beritahu dia sukakan seorang wanita bangsawan cantik)
Nabi: "siapakah wanita yang kamu sukai, biarkan saya pergi meminangnya.."
oleh kerana Nabi telah bertanya kan berkali-kali tentang jodohnya..
Julaibab pun memberitahu dia sukakan seorang wanita cantik anak pasangan bangsawan yang kaya raya dan berpendidikan tinggi..
pergilah Nabi utk meminang wanita tersebut untuk Julaibab
Pasangan bangsawan tersebut gembira apabila mengetahui Nabi datang untuk meminang, lantas Nabi pun berkata "Aku meminang untuk Julaibab.."
Terus berubah air muka kedua pasangan bangsawan , sebagai tanda tidak setuju..
sebaik sahaja Nabi mahu pulang anak bangsawan yang sedari tadi mendengar perbualan tersebut keluar dan
berkata "wahai Nabi, aku bersetuju untuk menerima jodohku yang dipinang olehmu, aku percaya itu adalah yang terbaik untukku"
lantas Nabi terus mendoakan kerahmatan wanita tersebut dan kahwinlah Julaibab bersama wanita cantik keturunan bangsawan. Mereka tidak dikurniakan anak, dan tidak lama selepas itu Julaibab meninggal dalam perang Uhud dan kemudian wanita cantik tersebut berkahwin dengan sahabat Nabi.
pengajaran cerita:
wanita tersebut percaya dengan jodoh dan ketentuan Allah. Tambahan pula, Nabi iaitu Rasulullah s.a.w yang datang meminang.Menolak peminangan Rasulullah seperti menolak rahmatNya.Berkahwin adalah kerana Allah bukan kerana manusia. Manusia(objek) itu hanyalah ujian untuk menguji keimanan kpd Allah.
My Comment:
Kita disarankan memilih bakal suami / isteri mengikut perspektif Islam
Ciri-ciri Utama Calon Isteri Menurut Perspektif Islam
- Beriman dan solehah/berpegang teguh kepada agama
- Elok rupa paras supaya tenang mata memandang
- Memiliki akhlak terpuji
- Mas kahwin yang rendah
- Subur supaya boleh melahirkan zuriat ramai yang soleh/solehah
- Masih dara
- Keturunan baik untuk melahirkan generasi yang bertakwa
- Datang dari keluarga sederhana (qana’ah) bukan pentingkan kebendaan
- Bukan kaum kerabat atau saudara terdekat kerana boleh menjejaskan kesuburan
- Tidak lebih dari satu kerana risiko isteri curang disebabkan kesunyian sekiranya suami berpoligami dan gagal bersifat adil
Ciri-ciri Utama Calon Suami Menurut Perspektif Islam
- Berilmu dan bertakwa
- Bertanggungjawab supaya boleh memimpin keluarga
- Memiliki akhlak terpuji
- Memiliki/mamahami ilmu agama supaya boleh membimbing isteri
- Tidak berpenyakit
- Rajin usaha
- Sekufu dan sesuai/serasi mengikut pandangan Islam dan adapt/’urf/pandangan masyarakat umum (kadang-kadang berbeza mengikut tempat/zaman/masa/keadaan/adapt kebiasaan masyarakat)
jika ada pilihan pastikan calon menepati ciri-ciri tersebut, jika di pinang orang (tidak dikenali) dan menepati
kriteria calon suami Islam, wanita tersebut tidak patut untuk menolak.
Pada awal tazkirah ustaz menasihatkan jika ada lelaki yang mengatakan "saya sayang awak" , tanya semula kenapa.dan jika dia menjawab "saya sayang awak kerana Allah" , jawab kembali "semoga Allah mencintai kamu seperti kamu mencintaiku"
'sayang kerana Allah' adalah yang terbaik, kerana tiada pergantungan kepada sesiapa selain Allah..
muda akan jd tua, cantik boleh jadi tidak cantik, kaya boleh jd miskin ..
teringat kpd cerita ustaz Zul Ramli dalam slot Usrah Nurani
suatu ketika semasa Ustaz menyampaikan kuliah di sebuah surau, di sebuah kampung (tidak ingat negeri mana) Ustaz sering ternampak seorang pakcik yang telah tua setiap petang lalu disurau dengan senaskah Surah Yassin yang telah usang ditangan. Apabila bertanyakan kepada orang kampung, mereka mengatakan
pakcik tersebut pergi ke pusara isterinya setiap hari sejak isterinya meninggal dunia..sejak 10 tahun yang lalu.
Suatu hari Ustaz pergi mengekori pakcik tersebut utk melihat mengapa sebegitu sekali pakcik tersebut sayangkan isterinya..sampai di kubur, didapati pakcik tersebut membacakan surah Yassin, membersikan kawasan kubur dan akan bercerita tentang dirinya.."hari ni abg makan nasi dengan lauk ..., tapi masakan syg jugak yang paling sedap"
Kagumnya dengan pakcik tersebut ..suatu hari Ustaz mendekati pakcik tersebut utk bertanya..apakah yang membuatkan isterinya begitu istimewa.Pakcik tersebut berkata, tanpa isterinya dia bukan siapa-siapa..dia xde apa-apa, isterinya sgt berjasa, memberi kebahagiaan, kehidupan dan segalanya.
Ustaz Zul bercadang untuk memuatkan kisah pakcik tersebut dalam penulisan tesis Phd nya, tetapi tidak kesampaian kerana apabila kembali semula ke kampung tersebut pakcik tersebut telah meninggal dunia.
pengajaran cerita:
berbuat-baiklah & berkasih sayanglah kepada manusia kerana Allah, nescaya Allah akan sayang kembali
hargailah orang yang tersayang selagi ada waktu
gambar sekitar Karnival Mahabbah
jalan-jalan terjumpa ex-schoolmate, Ayu Hanis :)
Booth IKIM fm
tentatif program, hari sabtu ada pertandingan dekorasi cupcake..bestnya ..tp xboleh nak join!
dataran MAIM, tidak seluas seperti karnival JOM Heboh tapi selesa
antara barangan yang dijual - pakaian Muslimah
produk-produk muslim
Ummie Tinie Collection
krew IKIM.FM bergambar bersama Ust. Zahazan
eh, ustaz pandang camera i lahh! :) heheeh
autograph ust. Zahazan bagi siapa yang beli DVD berharga RM20..
nak beli tp ntah mcm mana terlupa..
again with Ayu Hanis at Booth Bank Muamalat
my attire on that day:
Blouse from Muslimah Clothing
skirt from Nur Barakah
tudung from - Ariani , scarf from Jovian
No comments:
Post a Comment