Monday, December 31, 2012

Amazing Places 1 : Hotel Dasar Laut

Inginkan percutian MEWAH yang sangat menakjubkan?

Terletak di kepulauan Fiji, Poseidon Mystery Island Undersea Resort menawarkan pemandangan yang menakjubkan di dasar laut..


anda akan menginap di hotel yang terletak 10 meter di bawah permukaan laut. Antara kemudahan yang disediakan termasuk 25suite, sebuah restoran, bar, gimnasium, dan gereja kecil untuk upacara perkahwinan.

projek inovatif ini adalah hasil idea Bruce Jones, Ketua US Submarines, inc
Dengan budget RM 45K setiap seoran untuk seminggu, pengunjung boleh menikmati akses ke kompleks di bawah permukaan air dengan menggunakan lif dari pantai.. di atas darat juga terdapat  51 kamar hotel tambahan, restoran, bar, serta sebuah spa, gelanggang tenis dan padang golf. 
lebih menarik, pengunjung mempunyai akses kepada empat kapal selam peribadi yang disediakan untuk menjelajah dunia di dasar laut. Menarik kan? 




Anda tidak perlu bimbang dengan kesan keselamatan kerana berada begitu lama di dasar laut, pusat peranginan ini memberi jaminan keselamatan kepada pengunjung. Binaan bangunan dasar laut ini berasaskan rekaan kapal selam penumpang yang disifatkan paling selamat di dunia. Setiap kamar diperbuat daripada plexiglass dan
struktur binaan setiap unit bilik dibina secara berasingan supaya setiap satu boleh ditutup jika mengalami masalah.



Hotel ini telah mula dibina sejak beberapa tahun lalu dan dijangka siap dalam masa dua tahun lagi .

sumber: Metro Ahad 16 Disember
             http://www.poseidonresorts.com/




No comments:

Post a Comment

Popular Posts