Tuesday, July 23, 2013

Salam 14 Ramadan 1434H

Assalamualaikum..
dah lama rasanya tak merepek  tulis suka hati kat sini, nk tulis entry pun ikut mood jgk, sekejap je dah smpai 14 Ramadan, sgt pantas rasanya.. Alhamdulillah tempahan biskut raya dh hampir separuh yang siap, tahun ni xde lah banyak, mampu lagi nak buat..bila fikir balik kalau dpt tempahan smpai 100 balang seperti yang ditargetkan.. confirm xterbuat. Allah lebih Mengetahui. 3 minggu lepas agak down  , xtau la kenapa my back pain datang balik & my both legs are swelling.. it's so annoying and stressful, but later that i realize i shouldn't think it that way. sakit itu datang & pergi dengan izin Allah. Alhamdulillah , Ramadan kali ni agak berbeza dari tahun-tahun lepas, tahun-tahun sebelum ni agak kurang menghayati bulan rahmat ni. Tahu, baca dan dengar tapi tak terkesan pun dalam hati. Masya-Allah , hampir 30tahun hidup sekarang baru Realize. Ruginya.ruginya. dulu sibuk kejar ilmu dunia, sampai lupa ilmu akhirat. masa di Uni. berkawan dgn kawan-kawan usrah tapi sekali pun xpernah pergi usrah.., kerja di K.Uni Islam, tiap Jumaat ada tazkirah pun tak pergi jugakk..kenapa? sebab mula-mula sibuk dengan study, nk siapkan assignment la waktu pagi2 org xde tu..lama2 dh jadi habit.

Sekarang, InshaaAllah will change my life-style bit by bit, tapi konsisten tu yg susah..kdg2 dh be on track..tiba-tiba terjatuh..that's the challenge. For starting, i'm focusing on this three things : Solat, Aurat & Al-Quran. InshaaAllah.

Personally there are 3 things that i learnt this month: PUASA, SADAQAH & SIRATULRAHIM
sebelum ni mmglah tau sedekah, tapi xterkesan sgt dgn maksud sedekah..

PUASA & PAHALA
Puasa? yes..sebelum ni berpuasa setakat puasa , menahan lapar dan dahaga & perkara-perkara yang membatalkan puasa. tapi sebenarnya puasa dlm erti yang sebenar adalah menjaga/menahan perbuatan, mata, mulut dan sebagainya. sbg contoh, puasa tapi tak solat, puasa tapi mengumpat, puasa tapi melihat/buat perkara lagha/sia-sia, puasa tapi melawan ibubapa/puasa tapi memutuskan siratulrahim dan..sebagainya..

Apabila berlakunya hari kiamat, semua org akan dakwa mendakwa..anak dakwa bapak, bapak dakwa anak, isteri dakwa suami, etc..semua org nk lepaskn diri masing-masing.  & apabila smpai kepada penghitungan /hisab.. katakanlah pahala A tak cukup, sebab kurang beramal..tiba2 ada org B yang rupanya semasa didunia suka mengata , mengumpat / menganiaya A .jadi pahala B dibayar kepada A.. berkuranglah pahala B. jadi apa yang tinggal? The only pahala yang Allah reserved utk kita is Pahala berpuasa yang sebenar-benarnya berpuasa. Imagine, i just realize about this at my age of 30..mcm mana nk kejar balik pahala puasa lagi 16 tahun yg lepas..masa zaman belajar, puasa takat puasa je..: (  macam mana kalo hidup tak lama? ape je yg yang ada nk bwk nnt :(


SADAQAH
xsemestinya sedekah itu memberi hadiah/mknn/benda/senyum ..setiap perbuatan baik kita juga dikira sedekah, cth: tgh driving, berselisih dgn kereta lain..& kita bagi laluan.. , atau..nampak sampah & tolong kutip & buang ..(sgt tak suka org yg suka membuang sampah di luar kereta, no etchic & SELFISH!)


SIRATULRAHIM
Hubungan manusia-manusia ni sebenarnya yang paling susah nk jaga. I learnt that, Allah tidak mengizinkan orang yang memutuskan siratulrahim atau yang menjadi penyebab terputusnya siratulrahim jumpa malam LailatulQadar . (juga bagi. anak derhaka, peminum arak)
MasyaAllah, pentingnya menjaga hubungan sesama manusia disisi Allah.

source: Usrah Nurani

wallahualam






No comments:

Post a Comment

Popular Posts