Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Hello September!




2 bulan dah menyepi dari blogging ! wuwuwu.. 
Alhamdullillah ..puasa & raya went so good , cuma mmg kemalasan sgt nk upload & mengarut kat sini..
to view the updates boleh follow my instagram - deedaabas :)
Thanks juga kpd visitor yang melawat ke sini :)
hii, you!

My little oven updates..........
let the pictures tell the stories ehh..


mini pavlova-s & tarts - the best selling products :)


upper left - moist choc cake with choc filling, right - devil choc cake topped with caramel sauce & malteaser
down,left - victoria sandwich cake , right- caramel pudding rainbow cake


assorted cupcakes (butter, redvelvel & chocolate cakes)


cheese tarts & almond chocolate chipcookies


brownies with caramel sauce, caramel cheesecake & caramel pudding rainbow cake


red velvet cake for hantaran


caramel cheesecake

fresh
blueberry cheesecake


Alhamdulillah my little biz went well


semalam, nk test Hana dgn letters ..sbb mcm dh lama sgt tak give her an academic lesson ..
jadinye ajar lah dia count using beads (masa tu tgh jahit beads kay baju raya 2 tahun lepas!) hihi
suruh dia count & masuk dlm tin..

Mama: One..
Hana: One..
Mama: after that?
Hana: One..
Mama: after One?
Hana: Two..
Mama: ..okey, after TWo?
Hana: Twoo!
Mama: okeyy....after that??
Hana: four!
Mama: Hana! after twoo is THREE! count properly!!!
Hana: seven! 
Mama: (aduii, geram dah ni..saba2)
Mama: ok, Hana..listen & follow me counting 
Mama: 1..2..3..4..5..
Hana pun ikut tapi main2..
adehh geram ni..
Mama: ok, show me letter M ...(pointing to the floor mat)
Hana main tunjuk number..12, 10, 9
Mama: Hana..(dgn nada geram) , itu bukan huruf itu nomborr!
Mama: ok, where's letter F?
Hana: (tunjuk F)
Mama: letter C
Hana: (tunjuk CD)
Mama: bukan CD lahhh... HURUF C!
Hana tunjuk C
Mama: M mana? 
Hana tak kenal M 
then me show her letter M and bebel bebel said, haa tulahhh tgk cartoon playdoh byk sgt, tak baca buku
ABC & 123 pun dah lupaa! kak wani dgn yaya dah pandai dah baca..bla bla bla

Hana dgn nada tak puas hati, bangun & cakap TAKK! Hana lagi Pandai!
terus dia bukak almari buku amik botol Bubble yang Abah dia beli hari tu...
dia pun baca:
B-U-B-B-L-E-S!!
and she said...
THREE ' B's

Me: erkk....tahu pulakk? siap count lagi?

How come eh? :P

Thursday, January 31, 2013

Recipe : Blueberry Cheese tart




Assalamualaikum,
atas permintaan kawan-kawan..hari ni baru berkesempatan nk sharekan resepi blueberry cheesetart ..
masa belajar dulu pun cikgu ada pesan kongsi-kongsikan resepi ..
so here it goes..!


Bahan A
125 g mentega
62 g gula aising
1/2 sudu teh esen vanilla


Bahan B
45gm  telur

Bahan C
230 g tepung
1 sudu besar tepung susu
30g serbuk badam (optional,jika xnak..sukatan tepung ialah 260gm)

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
50 g whipping cream 

Bahan D
20 g tepung gandum
Blueberry filling

Cara-cara




1. Bentukkan dalam acuan.i guna size no 2.Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.

3. Dengan menggunakan piping beg, masukkn blueberry jam...& kemudian paipkn cream cheese..

4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit. / sehingga masak.





nak buat tart shell tu mmg ambil masa yg lama...sila pastikan ada kesabaran nak membuatnye..hehe..
kalau rasa-rasa malas boleh lahh order dengan saya ye! muehehe..



Saturday, January 19, 2013

Baking Class Part 1

Assalamualaikum
Lately mmg agak busy..ada 2 lagi pending entry yg xsempat nak buat..
Last week, my cousin and I pergi kelas kek & pastry.. i xpernah lagi pergi cooking class ni..so on that day i'm kind of excited..yelah selalu pegi kelas blaja theory..kali ni men masak- masak..

Cikgu tu namanya Awa, very talkative..suka dgn cara cikgu ni ajar, byk benda yang cikgu kongsikan..
Kelas masakan ni dibuat di rumah cikgu awa, ada mcm bangsal utk masak memasak
resepi pertama; belajar kek puding caramel pelangi.. jom tgk gambar...


mula mula sediakan lapisan gula hangus,kemudian sediakan lapisan caramel..dan yang ketiga sediakan lapisan kek(meringue)
 

adunan meringue di bahagi kepada beberapa bahagian warna..ikut suka nk warna apa tapi dah tajuk kek pelangi ... sila lah buat warna pelangi yer.. cikgu bubuh warna hijau-pandan, purple-yam, yellow- lemon dan merah- strawberry

                                               inilah hasilnya lepas siap dilapiskann...cantikkan!

bakar menggunakan teknikwaterbath.... kek yg dh siap dimasak
biarkn sejuk, then sejukkan dalam fridge sebelum di serve

 

tadaaa! the end produt...ready utk dingap!
sedappp sgt kek ni..mcm mkn ice cream


Resepi kedua..Red Velvet!
i xpernah suka red velvet sbb yang pernah mkn too sweet ..xtau ape specialnye..tapi resepi cikgu awa ni mmg terbaikkk! sedap!


fluffy,moist and not too sweet!


ok..tajuk seterusnya..puding roti fav Dato' Siti katanya..ehehe mmg sedap.. samalah mcm red velvet i xgemar sgt puding roti sbb mcm soggy..but this one special, i guess myb sbb each roti spread with butter so jd mcm crouton 


cikgu awa kata..special about puding roti ni sbb ada sauce..itu yg buat sedap.. resepi ni cikgu tambah apple..nk bubuh pisang / buah2 lain pun boleh.. atau gantikan roti dgn macaroni, bubuh sayur, udang & tabur cheese!


resepi seterusnya strawberry crumble...the hot selling cookies raya tahun lepas..
punn sedapp.. ada oat, bread crumb, topped with strawberry choc

 

tadaaa! ini lah buktinya saya pergi  kelas tauu..hehehe
first time jugak pegang piping bag :p



ini lah cikgu awa.. xlokek dgn ilmu, kalo nk pinjam acuan cikgu pun bolehh..nk tumpang bakar kek  kt oven cikgu pun boleh...nk  letak cookies kat rumah cikgu utk jualan pun BOLEhhh!



my cousin- thankyou for  inviting me to this course..walaupun terpaksa menyamar..oppss!

nak resepi?
BOLEH..cikgu awa mmg suruh kongsikan..
tapi nanti ye..
i kene carik masa utk type semua resepi..
TUNGGU yer!
InsyaAllah akan ada entry resepi..

Friday, October 19, 2012

Chocolate Cip FEVER

Hello..
Assalamualaikum, sekarang ni mmg byk entry dalam sehari, sbbnya..byk cerita terpendam.. tunggu SEMANGAT BLOGGING baru datang then nk  masukkn sekali semua..

ok, ni cerita bulan puasa hari tu ..
rasa mcm teringn sgt nak buat kuih raya..dalam kepala dh berangan choc cip cookies & biskut makmur ..tgh belek belek recipe kat internet mcm2 pulak idea nak buat..nak buat tart,green peas & sarang semut...

alih alih yang berjaya buat choc cip, makmur,green peas aje..okla tu kan
sampai mak pun dok perli2 xpernah2 buat kuih raya beria..
bila dh smpai seru mcm  ni lah..kalo dulu malas skrg xmalas dahh ye takk?

rasa mcm bosan je tiap2 tahun macam tu je kan..nk jgk la polish up skillss in baking2..ntah mcm mana dtg idea nk bisnes..sesaje tanya kakak nk jual tak tapi limited orders 500pcs je ..hahaha
sikit sgt!
rs tu je yg mampu..
skali dapat 15orders..
1 balang = 50pcs / 450gm
18balang = 900pcs


yg ni antara first batch..buat utk sample..

rs nk mkn choc cip pulak bila tgk pic ni..hehe

recipe ni mmg best! sedapp sgt..bila dh makan xboleh berhenti ..yumm yumms

rasa mcm famous amos!
ni orders utk my sister's colleagues
first batch buat 13 balang xtido malam youu..:P

esoknye terus my hubby belikan oven baru hehehehehe..........
kalo dikirakan dgn oven baru tu..mmg xpulang modal pun..hehe
tapi xpelah hubby kata xpayah byr balik oven tu
thanks dear!

Thursday, October 4, 2012

Cookies: Chocholate Cip & Green Peas

Assalamualaikum,


 I am kind of happy because this year i manage to make some cookies. to be exact; three types of cookies ; green peas, chocolate chip and biskut makmur...

the choc. cips cookies is HOT SELLING ITEM :D
i think i made about 10 - 12 mixture / adunan

very satisfied when we manage to make homemade cookies!! it depends to our liking! nak cips byk..nuts etc



The recipes:



BISKUT CIPNUT NESTUM
(Sumber: Nestle)

Bahan A:
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda
1/4 cawan teh garam

1 cawan Nestum
1 cawan cip coklat
1 cawan cincangan kacang - I letak almond slice
150g mentega
150g gula kastor - kurangkan or opt to brown sugar, sbb agak manis
1 biji telur
1 camca teh esen vanila

Ayak bahan A; masukkan Nestum, cip coklat & kacang. Ketepikan.
Krim mentega & gula hingga ringan & kembang. Masukkan telur & esen vanila.
Campur bahan A & gaul sehingga menjadi doh.
Ambil 1 camca teh penuh adunan & letak di atas tin pembakar yang telah disapukan dgn sedikit butter. Jarakkan untuk doh mengembang.
Bakar dlm ketuhar pd suhu 175C selama 10 - 15 minit @ hingga kekuningan.

** 1 adunan menghasilkan anggaran 5 dozen @ 60 keping.

(http://my-sweetthots.blogspot.com/search/label/Cookies) 

Green Peas Cookies

Bahan-Bahan
  • 1 cwn Tepung Kcg Peas
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1/2 cwn Gula Aising
  • 1/2 st Baking Powder
  • 1/2 st Garam
  • 1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
  • 1 biji Telur Kuning
Cara-Cara
  1. Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
  2. Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  3. Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
  4. Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.

Popular Posts