Thursday, January 31, 2013

Recipe : Blueberry Cheese tart




Assalamualaikum,
atas permintaan kawan-kawan..hari ni baru berkesempatan nk sharekan resepi blueberry cheesetart ..
masa belajar dulu pun cikgu ada pesan kongsi-kongsikan resepi ..
so here it goes..!


Bahan A
125 g mentega
62 g gula aising
1/2 sudu teh esen vanilla


Bahan B
45gm  telur

Bahan C
230 g tepung
1 sudu besar tepung susu
30g serbuk badam (optional,jika xnak..sukatan tepung ialah 260gm)

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
50 g whipping cream 

Bahan D
20 g tepung gandum
Blueberry filling

Cara-cara




1. Bentukkan dalam acuan.i guna size no 2.Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.

2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.

3. Dengan menggunakan piping beg, masukkn blueberry jam...& kemudian paipkn cream cheese..

4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit. / sehingga masak.





nak buat tart shell tu mmg ambil masa yg lama...sila pastikan ada kesabaran nak membuatnye..hehe..
kalau rasa-rasa malas boleh lahh order dengan saya ye! muehehe..



No comments:

Post a Comment

Popular Posts