Friday, December 14, 2012

Tom Yam Kung Kap jangan boikot

Assalamualaikum semua..
tarikh hari ni cantik kan? 1 Safar 1434 H atau 1/2/34H hari Jumaat
sape yang nk nikah tu lagi cantik ambil tarikh ni dari 12/12/2012 kann? hehe jgn marah!

semalam ramaii yg xpuas hati dgn refree bola Mas Vs Thai sampai ada yang nak boikot Seoul Garden, K-pop & cerita korea hahah! ada nk boikot tomyam jugak! hadoii aii!

boikot laahh! emotional betul kan? kita tgk smpai bilaa lahh depa nk boikot tu.. game is always game, main tipu..berat sebelah, guna bomoh ..tu semua a part of game jugak tp game yg x professional lah kan..
sebab korang nk boikot so i nak share la resipe tom yam kung yang i buat hari tu..eheheh




Recipe tom yam kung jangan boikot campak style: (untuk 3-4 org)

1.5cm halia
0.5 cm lengkuas
2 biji bwg putih
3 bwg merah
5 biji cili padi - ikut suka nk pedas / tidak
1 batang serai
5-7 helai daun limau kasturi
1 biji (air perahan) limau nipis
1 akar daun ketumbar
1 biji tomato
7-8 ekor udang
sayur-sayuran (saya gunakan carrot & oyster mushroom)
sos ikan (jika ada, saya x gunakan pun)
minyak menumis secukupnya


Blend kan halia, bawang-bawang, cili padi (xnak blen pun boleh..ketuk2 je), lengkuas. tumiskan bahan blend termasuk serai yang diketuk & akar daun ketumbar, sebelum tu jika rajin buat air rebusan udang dahulu.(i xrajin so i masukkn aje udang ) tumasukkan sos ikan / pes tomyam jika mahu..tumiskn sekali....
ok dh siap tumis, masukkan air / air rebusan secukupnya, tunggu sekejap then masukkan udang, tomato &  carrot ,..perasakan dengan garam & air perahan limau, kemudian masukkan sayur-sayuran lain. siap!


kalau nak mudah & cepat mmg senang masak tom yam aje...2 in 1 hehehe ada sayur & protein...


selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts